PROFIL SYARIKAT



Ani Sup Utara

Sebagai pengenalan, Ani Sup Utara diuruskan oleh syarikat Little Cash (M) Sdn Bhd yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 13 Jun 2005. Bermula dengan hanya sebuah pejabat dan dapur kecil di restoran, kini Little Cash (M) Sdn Bhd mempunyai sebuah pejabat urusan dan dapur pusat yang berasingan daripada restoran yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam. Restoran Ani Sup Utara memulakan operasi pada 01 Julai 2003 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor, Allahyarham En. Hasanuddin Ibrahim dan  Puan Rohani binti Abu adalah tulang belakang dan pengasas kepada perniagaan ini. 

Pada awalnya tidak bercadang untuk menambah cawangan restoran tetapi melihat kepada penerimaan pelanggan yang terlalu hebat, Allahyarham En. Hasanuddin akhirnya menambah cawangan kedua. Pada awal 2004, cawangan kedua yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam dibuka dan menanam wawasan untuk membina satu rangkaian restoran melayu yang terbesar di Malaysia. Little Cash (M) Sdn Bhd adalah syarikat yang menguruskan rangkaian restoran Ani Sup Utara dan menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 100 cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh 5 tahun akan datang. 


Motto Syarikat
"INGAT SUP, INGAT ANI SUP UTARA"

Visi Syarikat
Menjadi di antara syarikat yang terbaik di asia dalam industri makanan dan minuman dan teknologi HALAL.

Misi Syarikat
Menjadi di antara syarikat yang menyediakan produk makanan dan minuman yang SUCI, BERSIH dan HALAL serta berkhasiat untuk melahirkan generasi masyarakat mempunyai peradaban dan berakhlak tinggi.

 Objektif Syarikat

  • Mencipta peluang perniagaan dalam industri makanan asas sup kepada para usahawan khasnya bumiputera.
  • Membangunkan satu konsep perniagaan rangkaian restoran yang mempunyai satu tahap bertaraf antarabangsa.
  • Membangunkan proses dan teknologi makanan asas sup untuk pasaran runcit tempatan dan antarabangsa
  • Menyediakan perkhidmatan latihan berkonsep dalam pentadbiran dan teknikal dalam industri makanan dan teknologi makanan.





7 Blok F Jalan Saujana Indah 10 Taman Perindustrian Saujana Indah 

40150 TTDI Jaya Shah Alam Selangor

Jika ada sebarang pertanyaan, komen, bantahan atau cadangan, sila email kepada info@anisuputara.com.my