Ahad, 19 Februari 2012

Set 1: 2 Keping Bergedil Ayam berharga RM1.80
Set 2: 6 Keping Bergedil Ayam berharga RM4.80
Terima Kasih kerana menjadi pelanggan setia di Ani Sup Utara...Ani Sup Utara kini telah menyediakan Kombo set yang di kenali sebagai "Santapan Malam" yang bermula pada jam 7 malam -12 malam di setiap outlet Ani Sup Utara...Ini akan memberikan nilai penjimatan yang baik terhadap pelanggan Ani Sup Utara...
Ani Sup Utara telah menaik tarafkan dari segi pemakanan dengan menambah menu iaitu "Bakso" dengan nilai hanya RM5.00 sahaja....Pelanggan tidak perlulah berjalan jauh untuk mencari bakso...kini terdapat di Ani Sup Utara di mana-mana cawangan yang berdekatan tempat tinggal anda.


Ani Sup Utara telah membuat sedikit penambahan menu iaitu "nugget & Kentang Goreng" yang berjumlah hanya RM5 sahaja yang mengandungi 4 ketul nugget serta kentang goreng.

30 ulasan:

  1. salam...

    saya suka sgt ngn sume menu kat ani sup utara...
    sy suggestkan byk kan lgi cawangan...1 tempat yg terbaik bdekatan opis sy at USJ 9 subang jaya...try la buka cwangan kat ctu...confirm terbaik!!!!!....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam adik.... senang hati Akak membaca komen adik. Buat masa terdekat ini kita belum ada lagi cadangan untuk membuka di kawasan yg adik cadangkan akan tetapi kita akan membuka cawangan baru di Seksyen 28 Shah Alam, inya'allah pada minggu hadapan!!! Terima kasih adik, jangan lupa datang yaaa.....

      Padam
  2. erm...semalam nak la makan kat ani sup utara kat ttdi jaya...tapi amatlah KECEWA...harap pihak sepatutnya di ani sup utara dapat ambil perhatian...masa sampai di sana, hampir 15 minit menunggu pekerja ambil pesanan...tak pe..tunggu lagi..tapi yang membuatkan lagi kecewa,pekerja tu boleh ambil pesanan orang yang lambat datang dari kami..2 meja lak tu...padahal kami diantara mereka2 ni..sakitnya hati....rasanya pekerja ni menyedari kehadiran kami yng ketika tu sibuk mengemas meja berhampiran...last2 kami keluar saja dari premis dalam keadaan lapar.lalu je kat sebelah pekerja yg tengah ambil pesanan di meja sebelah kami...patut ke macam tu...
    harap komen ni membina....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami selaku pihak pengurusan ASU TTDI Jaya meminta maaf di atas kejadian tersebut. Kami sedia terima komen yang membina dari pihak tuan. Kami akan mengambil langkah terbaik untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku lagi.

      Padam
  3. nak tanye. kat w.maju kat mane ye ade ani sup utara ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf Adik, tapi kita tiada cawangan di kawasan Wangsa Maju. Akak cadangkan adik pergi ke Ampang Avenue Waterfront, itu yang terdekat buat adik

      Padam
  4. rindu nk mkn bubur kt asu ni...tp kt jb da xd...huhuhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih adik kerana menyokong kami. Berita baik untuk pihak adik, kita sekarang sudah ada di JB - Stesen Kiosk Jalan Segget tapi Akak minta maaf disitu tiada bubur, aneka sup sahaja. Akak harap adik tetap akan datang mencuba!!

      Padam
  5. setuju dgn layanan teruk pekerja di cawangan TTDI Jaya. Saya pernah menunggu 10 minit untuk dapatkan order hingga banyak kali memandang ke kaunter mencari cari pekerja. tetapi apabila ada customer yang datang lewat boleh plak diambil order.walaupun customer tu duduk dibelakang meja kami.Malas lagi nak menunggu kami blah je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ingin meminta maaf bagi pihak pengurusan Ani Sup Utara cawangan TTDI Jaya & akan memastikan perkara2 yang diutarakan akan diperbaiki. Akak harap Ani Sup Utara diberi peluang & masih mendapat sokongan adik. Akak ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan adik & juga kerana meluangkan masa untuk memaklumkan kepada pihak kami

      Padam
  6. ..2-3 hari lpas sy bada beli bungkus sup daging n sup tulang...unfotunately..dagingnya agak keras x mcm slalu...harap ketua chef keep in touch...check kualiti..jenama dh top jgn spoilkan...atau ada unsur sabotaj pd ASU ni..harap top mnagement ASU pantau...teguran demi kbaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Adik... terima kasih Akak ucapkan kerana memberi komen yang membangun. Akak akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi & Akak harap Adik akan terus berkunjung ke restoran kami. Sekali lagi, Akak ucapkan terima kasih & Selamat Berpuasa!!

      Padam
  7. perkara yg mula2 menyeronokkan bila sampai ke ani sup utara seksyen 28 shah alam adalah parking. Mmg senang nak parking kat situ sebab ada public parking area betul-betul berhadapan dgn kedai. Susun atur kedai nmpk moden dan kemas. Mmg teruja bila dah duduk kat situ. Rasa tak sabar nk menjamu selera. Layanan kakitangan mmg baik dan mesra pelanggan. Penghantaran pesanan boleh dikatakan pantas. Menunya?? Mmg meleleh... set nasi dgn sup gear box ditambah dgn telur dadar, begedil dan air kedondong asam boi...mmg mantap. Sup dia mmg kaw!!! Bak kata member, rasa berdosa kalau tak tambah hahahahaha.. Overall kitorg puas hati melayan ani sup utara kat outlet seksyen 28 shah alam...suasana kedai syok dan rasa mmg meletop...sempat jugak berborak dgn tokey kedai yg peramah & sempoi...next time sure singgah lagi kat situ..ani sup mmg best!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih Adik... Akak harap Adik akan terus menjadi pelanggan tetap kami & cawangan Seksyen 28. Singgah semula pada Bulan Puasa yang akan menjelang nanti kerana kami ada menyediakan kombo-kombo istimewa. Selamat Mencuba!!

      Padam
  8. Setuju.....ani sup seksyen 28 ...puas hti sbb servis yg baik, kedai brsih Dan selesa...sesuai utk seisi keuarga.....parking space on senang....owner yg peramah...keep it up yea.....will recommend to my fren....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik Chantique... Akak amat menghargai komen yang diberikan. Akak harap Adik akan sering berkunjung lagi ke cawangan terbaru kami iaitu cawangan Seksyen 28. Terima Kasih Akak ucapkan kepada Adik & keluarga. Selamat Menyambut Puasa!!

      Padam
  9. Nak tanya cwgn ani sup utara kat ipoh, perak dah tutup ker

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dik, cawangan Ipoh akan berpindah ke tempat lain. Nanti kan "update" terkini dari kami

      Padam
  10. Hondaik! Kedai cawangan seksyen 28 alam megah memang cantik, memang patut dipuji suasana kedai. Tetapi makanan tak memuaskan set nasi dalam menu ada telur masin, yang dapat telur rebus. Alasan telur baru nak direbus. Minta telur dadar waktu order kata ada, bila sampai takda. Alasan pekerja hanya dua orang. Time bayar cashier tanya balik apa yang di order. Cuba fikir, kalau datang satu kampung takkan nak ingat balik apa yang di makan. Alasan tak sempat key in. Pukul 8 malam sup ekor dan sup kambing dah habis. Tak boleh terima sup dah habis sebab kata pun kedai sup. Inilah pertama dan terakhir saya makan kat Ani Sup Utara seksyen 28 alam megah. Sebelum ni selalu jugak makan kat cawangan lain. Tapi takda lah seteruk gini. Servis dari bangla kat kedai Dserambi Corner lagi elok. Pertingkatkan servis anda.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum! saya azrin dr sabah. Bagaimana utk menjadi usahawan kiosk ani sup utara? saya pasti belum ada lagi restoran di sabah yg menawarkan menu seperti ani sup utara.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum
    Untuk keterangan lanjut mengenai francais, bolehlah hubungi kami di talian 03 78425563 / info@anisuputara.com.my

    Terima kasih

    BalasPadam
  13. kami nak tahu...cawangan Ipoh kat mana ia. yg do green town dah tutup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam adik Mohd Shah. Dukacita saya nak maklumkan, buat masa sekarang Cawangan Ani Sup Utara di Ipoh masih belum ada lagi.

      Padam
  14. assalam nk tnya utk ani sup utara alam megah ada x sup gearbox???

    BalasPadam
  15. assalam nk tnya utk ani sup utara alam megah ada x sup gearbox???

    BalasPadam
  16. assalam nk tnya utk ani sup utara alam megah ada x sup gearbox???

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum....Nak tanya...Anis Sup kat bagunan MARA KL tutup pkul brape ye

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum....Nak tanya...Anis Sup kat bagunan MARA KL tutup pkul brape ye

    BalasPadam